Saturday, February 17, 2007

bicara cinta

Perpisahan

Saat kamu berkata untuk meninggalkannya,
Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat,
Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,
Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu
Dan sewaktu dia jauh darimu, dia akan selalu mendoakanmu dengan air mata…..


Petikan Filem C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

“Isteri bukannya hak milik kita tapi anugerah… “

“Kadang-kadang hendak menyayangi orang yang kita sayang itulah yang paling susah”

“Penat seharian dengan orang yang kita sayang lebih bermakna dari, kita hidup hingga akhir hayat dengan orang yang kita tak punya rasa sayang..”

“Kalau kau bertemu cinta sebenar, kau akan umumkan, kerana kau tidak mahu melepaskannya…”

Dialog Filem Puteri Gunung Ledang

“Kanda lupa cinta dinda seagung maya” - Hang Tuah
“Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?” - Gusti Putri
“Masih kecil berbanding cinta dinda!” - Hang Tuah
“Tapi kanda ke mari juga” - Gusti Putri
“Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga” - Hang Tuah

“Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda” - Hang Tuah

“Adinda bersumpah jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda, meminjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama ” - Puteri Gunung Ledang

“Apakan daya, tangan terikat dilangit, kaki terpasak dibumi, jasad tidak setanding mimpi” ~ Hang Tuah

“Layar berbelok-belok, sauh dibungkar di tempat tenang..Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang. Bila sampai waktu, kita akan bersama” - Hang Tuah

“Tanah mana yang aku pijak? Berdirinya aku kasih berguguran…Pasir mana yang aku genggam? Erat tanganku semakin layu..Bunga berkembang..bumi luas aku seorang…

“Kalau nak menurut biar berakal,kalau mengikut biar pintar”
(Petikan dialog M.Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang)

“Kesemuanya hamba susun supaya rambut yang ditarik, tepung tidak berselerak. Semua hati di Melaka ini hamba jaga” ~ Dato’ Bendahara

“Bumi di Melaka ini bumi berdaulat. Sehiris luka yang beta terima, seMelaka sakitnya dirasa” ~ Sultan Melaka

Dari Romeo Kepada Juliet

Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang….

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan

Kasihku, kasih anak terbuang yang jauh di pinggiran kasih sayang. Rinduku, rindu yang terlontar jauh di dasar perasaan. Terbiar dibawa arus rasa lalu hanyut di muara cinta yang paling dalam. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bersatu. Rasa kasih dan rindu bukan tidak pernah bercantum dan berpadu… namun sengaja kau biarkannya. Sengaja kau memberi ruang pada insan lain untuk merebut peluang. Egokah kita sebenarnya?

Andai kau ada untukku takkan ada rasa sepi menyelubungiku
Andai kau ada untukku aku merasa sangat dibutuhkan
Andai kau ada untukku takkan kuberjalan dengan gelisah
Andai kau ada untukku takkan mungkin ku rasakan derita
Jika kau ada dan temani aku disini aku merasa tenang
Jika kau ada dan memelukku segala kepedihanku terhapus
Jika kau ada dan memberiku cinta semuanya akan terasa indah dan penuh harapan.

Pernah kau bertanya
mana yang lebih penting
kau atau hidupku?
ku nyatakan hidupku lebih penting…
kau kecewa dengan jawapanku
tanpa kau sedari
bahawa kau ada dalam hidupku…
oleh kerana itu hidupku menjadi lebih penting…

INGIN KU SIRAM BENIH CINTA YANG DISEMAI DALAM HATIMU TAPI AKU GELISAH DALAM SUNYI, BISAKAH NANTI KU PETIK KUNTUM CINTA YANG BERKEMBANG KERANA KETIDAKCUKUPAN TANGAN MEMEGANG…

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana….

Sudah kudaki gunung tertinggi
Hanya untuk mencari dimana dirimu
Sudah kujelajahi isi bumi
Hanya untuk dapat hidup bersamamu
Sudah kuharungi laut samudera
Hanya untuk mencari tempat berlabuhmu
Tapi semakin jauh ku mencari Cinta
Semakin aku tak mengerti…..

Tak salah lagi…memang kau yang membuatkan hidupku lebih bererti selama ini. Namun, dapatkah kau aku miliki…selepas terbongkarnya rahsia diri ? Perpisahankah yang bakal terjadi antara dua hati….aku dan kau ?

Sebelum kau benar-benar pergi
ucapkan lah satu kata yang tulus
bahawa kau mencintai diriku
sepenuh hati mu
dan aku merasakan kau selalu di sini…..

Seandainya cinta itu masih ada…hadirlah dengan kenyataan..jangan berkias dengan kata-kata..tunjukkan dengan perbuatan dan luahkan dengan ucapan…

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu.
Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku.

Aku tak mudah untuk mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta
senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata

Kenapa setiap kali kebahagiaan aku dirampas, aku dipaksa supaya membuat pengorbanan yang sangat besar?

Kegembiraanku
Adalah apabila
Aku dan kau bersama-sama
Meniti hari-hari
Tanpa bosan dan menderita
Kerana bagiku
Hanya kau duniaku

Ayat Jiwang Novela

Tangan yang cermat menjadikan hidup keluarga nikmat dan selamat ~ Mama karya Abdul Rahim Awang.

Deru pepohon di rimba sayu adalah suara syahdu alam yang rindu. ~Anjung Warisan karya Salina Ibrahim

Dalam alam khayal, kita bahagia, mengapa mesti kembali ke alam nyata. ~ Trilogi Wajah Wanita karya Siti Rohayah Attan.

Jarang kumelutut serendah ini, membuktikan kasih amat tinggi.~ Cebisan Memori karya Azura Abdullah

Keningmu terlalu menikam, keris tak lagi kuperlukan. dengan novelnya ~ Merentas Kabus karya Hartini Hamzah

Jika aku tak menghantar surat, semata-mata kerana telah kutulis segalanya di kalbu.~ Mahligai karya Salina Ibrahim. Di

Jika sempat kutemui Hang Tuah, kan kukata kaulah Tun Teja Ada Cinta Di Matanya karya Zuraidah Othman

Bersamamu, aku cepat terasuh menjadi manusia terlalu kukuh. ~ Kuutus Rindu oleh Azilawati Mat Angsar

Rindu ini telah separuh jalan, tetap kurasa bahagia walau kau tak sedia menyambutnya. ~ Kehilangan oleh Elias Idris

Kau bertanya dimana hatiku, tak terasakah kau sudah laman ia berlindung di kalbumu. ~ Hanya Satu Persimpangan karya Habibah Rahmat

Dalam cinta, matalah yang lebih jujur berkata-kata. ~ Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Liana Afiera Malik

Jika kita berpisah, percayalah aku kekasih paling sengsara.~ Inferior karya Norhayati Ibrahim dengan kata hikmah -

Bicara Romantis

Sayang , kalau kau adalah air di dalam mataku , aku tidak akan menangis kerana aku tidak mahu kehilanganmu…

Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.

Jika aku bukan pelita yang mampu menerangi malam..memadailah aku menjadi kunang-kunang yang menemani dikegelapan..

Bukankah cinta itu aku? Cinta itu kamu? Cinta itu DIA? Cinta itu mereka? Bukankah cinta ialah cinta itu sendiri .. dan kita, lagi lagi adalah cinta…..

Kegembiraanku ibarat aku meniti pelangi
Pada malam hari
Kebahagiaanku ibarat
Melintasi matahari bersama-samamu
Biarku tunjukkan kepada semua
Bahawa cinta ku bukan mainan
Cintaku bukan palsu
Cintaku cinta suci
Cintaku cinta berani
Cintaku menerangi hidupku
Cintaku bukan omongan kosong

Sayang , kalau kau adalah air di dalam mataku , aku tidak akan menangis kerana aku tidak mahu kehilanganmu

Menyayangimu bukan bererti ku menyintaimu, menyintaimu bukan bererti aku akan memilikimu…..

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan kurnia dari Illahi, tetapi kita harus sedar bahawa keabadian cinta itu tidak akan diperolehi sebagai kurnia seandainya kita tidak berusaha dan bersusah-payah untuknya.

Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak, sehingga akhir hayat saya. Ketika itu jika kamu ingin pergi dari saya, pergilah.

Saya telah menipu. Menipu mengatakan saya benci awak ada di sisi saya.

Saya tahu dalam hati awak tidak ada saya, tetapi kenapa hati saya terlalu sakit?

No comments: